Pengenalan.
Bagi murid Tahun 2 amat sukar untuk mengetahui jumlah kuantiti yang berbentuk cecair. Ini kerana sifatnya amat berbeza dari segi fizikalnya yang tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap dan berbanding dengan benda-benda yang ada rupa bentuk serta bukan bersifat cecair. Cara untuk mengetahui jumlah kuantitinya juga berbeza kerana ianya disukat menggunakan benda-benda yang boleh menggekalkan jumlah kuantitinya yang sedia ada. Oleh itu, sifatnya yang berbeza maka murid akan melakukan kesilapan dalam mengukur kuantiti sesuatu benda yang berbentuk cecair.
Tersalah pengertian dalam mentafsir kuantiti bahan cecair merupakan perkara yang sering berlaku di kalangan murid-murid lebih-lebih lagi apabila mereka hendak membanding beza kuantiti bahan cecair bagi dua bekas yang berbeza. Mereka sering memilih sesuatu bekas yang bersaiz besar sebagai pilihan mereka berbanding dengan bekas yang kecil walaupun pada hakikatnya air pada bekas yang besar itu menakung lebih sedikit bahan cecair berbanding dengan kuantiti yang ada pada bekas yang kecil. Ini yang sering berlaku menyebabkan tersalah tanggapan pada jumlah kuantiti kerana faktor saiz bekas yang menjadi ukuran.
Bagi mengatasi masalah ini, perancangan yang teliti harus dilakukan agar pelajar benar-benar dapat memahami konsep kapasiti. tahap kebolahan pelajar juga harus dititik-beratkan dalam memilih alat bantuan mengajar agar ia dapat memberi lebih kefahaman kepada mereka. Murid akan dapat memahami konsep kapasiti jika mereka didedahkan dengan aktiviti yang menarik. Mereka haruslah didedahkan dengan pelbagai saiz agar mereka benar-benar memahami akan perbezaan kapasiti cecair itu.
Tayangan video yang menjelaskan permasalahan murid dalam memahami konsep perbandingan dalam mengukur cecair.
Video 1
Video 2
Video 3
Aktiviti:
Menentukan dan membuat perbandingan isipadu air dalam bekas yang berbeza saiz dan bentuk.
Topik: Isipadu Cecair
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (Untuk Murid Pintar)
> 3 bekas yang berbeza saiz dan bentuk.
> 3 gelas yang sama saiz dan bentuk.
> Air berwarna merah.
Isi pembelajaran :
Murid dapat menentukan dan membuat perbandingan isipadu air dalam bekas yang berbeza saiz dan bentuk.
- Guru menunjukkan 3 bekas yang mengandungi air berwarna merah seperti gambar di atas ini.
- Guru meminta pandangan murid tentang bekas yang manakah mengandungi air yang paling banyak sekali.
- Murid akan memberi jawapan berdasarkan pemerhatian mereka iaitu berdasarkan paras air dalam bekas itu.
- Guru akan menuangkan air yang terdapat dalam bekas itu ke dalam gelas yang sama saiz. Lihat pada gambar di atas ini.
- Guru meminta pandangan dan pendapat murid selepas mereka melihat akan keputusan yang diterima.
- Jawapan murid adalah berdasarkan pemerhatian mereka iaitu isipada air pada setiap bekas yang berbeza saiz adalah sama.
- Guru meminta murid berikan pendapat dan pandangan mereka kenapa aras air dalam bekas berbeza sedangkan jumlah isipadu adalah sama.
- Murid akan memberikan pandangan dan pendapat berbeza-beza. Ada yang mengaitkan dengan rupa dan bentuk bekas itu sendiri.
- Guru akan memberikan penegasan bahawa saiz, bentuk bekas akan mempengaruhi aras air.
- Guru meminta 3 orang murid menuangkan air yang terdapat dalam bekas ke dalam dan memberikan pendapat mereka tentang isipadu air tersebut.
- Aktiviti ini diharapkan dapat mengukuhkan pemahaman murid terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Lembaran Kerja 1
Aktiviti:
Menentukan dan membuat perbandingan isipadu air dalam bekas yang sama saiz dan bentuk.
Topik: Isipadu Cecair
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (Untuk Murid Lemah)
> 1 jag yang berisi dengan air berwarna merah.
> 3 gelas yang sama saiz dan bentuk.
> Air berwarna merah.
Isi pembelajaran :
Murid dapat menentukan dan membuat perbandingan isipadu air dalam bekas yang sama saiz dan bentuk.
Langkah-langkah :- Guru menunjukkan air yang terdapat dalam jag dan 3 biji gelas kosong yang sama saiz dan bentuk.
- Guru menuangkan air berwarna merah ke dalam 3 biji gelas seperti gambar di bawah.
- Guru akan menjelaskan Gelas A = Diisi penuh, Gelas B = Diisi separuh, Gelas C = Kosong.
- Guru bertanya kepada murid, Gelas manakah yang paling banyak air?
- Murid akan menunjukkan Gelas A dan jawapan yang diberikan adalah betul dan tepat.
- Guru menjelaskan bahawa dalam ketiga-tiga gelas tersebut, Gelas A yang paling banyak air.
- Guru memberi sedikit ulasan dan penjelasan berkaitan dengan isipadu air yang terdapat dalam gelas yang sama saiz dan bentuk itu.
- Bagi menguji kefahaman murid, guru akan mengulangi langkah-langkah di atas beberapa kali dan menyoal murid secara rawak.
- Jawapan yang diberikan oleh murid adalah betul dan jelas.
- Guru mengedarkan lembaran kerja untuk melihat kefahaman murid-murid.
Kesimpulan.
Salah anggapan atau salah tanggapan serta salah faham terhadap jumlah kapasiti dalam pengajaran dan pembelajaran isipadu cecair boleh ditangani dengan lebih mudah sekiranya guru dapat menyediakan dan menggunakan kreativiti dan mengintegrasikan alat bantu mengajar yang berkesan dan bersesuaian serta dapat mempertingkatkan penerimaan dan penaakulan minda murid-murid Tahun 2 yang boleh kita golongkan mereka kepada dua kategori iaitu pencapaian tinggi dan pencapaian rendah. Oleh itu, murid-murid Tahun 2 dapat mempelajari dan memahami konsep terhadap kapasiti atau isipadu cecair serta hubung-kait dengan isipadu cecair secara berkesan dan mudah difahami.
Penggunaan bahan bantu mengajar semasa pengajaran dan pembelajaran amat membantu guru dan murid untuk memahami setiap persoalan dan penyelesaian yang amat baik dan telus. Dengan ini, guru perlulah mengambil kira dari segi aspek pengalaman dan pengetahuan sedia murid dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan lebih menarik. aktiviti yang berpusatkan murid dan juga bahan amat digalakkan dalam membentuk pengalaman yang bermakna dalam diri murid itu sendiri seterusnya membentuk sahsiah diri terutama keyakinan diri, kerjasama dan tolong menolong dalam aktiviti berkumpulan.
Penggunaan bahan bantu mengajar semasa pengajaran dan pembelajaran amat membantu guru dan murid untuk memahami setiap persoalan dan penyelesaian yang amat baik dan telus. Dengan ini, guru perlulah mengambil kira dari segi aspek pengalaman dan pengetahuan sedia murid dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan lebih menarik. aktiviti yang berpusatkan murid dan juga bahan amat digalakkan dalam membentuk pengalaman yang bermakna dalam diri murid itu sendiri seterusnya membentuk sahsiah diri terutama keyakinan diri, kerjasama dan tolong menolong dalam aktiviti berkumpulan.


No comments:
Post a Comment